Minggu, 27 November 2011

Definisi sahabat menurut ulama hadis ialah: Orang yang bertemu Nabi Muhammad r, dia beriman dengannya serta mati dalam keadaan Islam.[1]
Para Salaf as-Soleh yang paling utama diketuai oleh Muhajirin dan Ansar. Mereka adalah golongan sahabat dan telah sepakat sekalian Ahli Sunnah wal-Jamaah tentang keadilan mereka. Tidak ada yang khilaf tentang kemuliaan dan keutamaan mereka kecuali golongan Ahli Bid’ah. Allah U telah menjamin kebenaran Muhajirin dan Ansar dalam berkorban jiwa dan raga. Mereka sangat meredai Allah U dan Allah U meredai mereka. Mereka menjadi pembantu dan pengikut Nabi U yang paling setia. Mereka paling percaya (beriman), paling benar ketakwaannya dan sebaik-baik umat yang paling suci hatinya yang ada di dunia ini. Mereka berada dalam koridor keIslaman, keimanan yang jernih. Akidah dan ibadah mereka sentiasa disaring oleh Rasulullah r. Allah U telah berfirman menjelaskan keadaan para sahabat yang terdiri dari Muhajirin dan Ansar:
للْفُقَرَآءِ الْمُهَاجِرِيْنَ الَّذِيْنَ أُخْرِجُوْا مِنْ دِيَارِهِمْ وَاَمْوَالِهِمْ يَبْتَغُوْنَ فَضْلاً مِّنَ اللهِ وَرِضْوَانًا وَيَنْصُرُوْنَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ اُوْلَئِكَ هُمُ الصَّادِقُوْنَ.
“(Juga) bagi para fuqara yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurnia dari Allah dan keredaanNya dan mereka menolong Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar”.[2]

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ
Kamu (para sahabat) sebaik-baik umat dikeluarkan untuk manusia”.[3]
Rasulullah r bersabda:

اِنَّ اللهَ اخْتَارَاَصْحَابِيْ عَلَى الثَّقَليْنِ سِوَى النَّبِيِّنَ وَالْمُرْسَلِيْنَ
Sesungguhnya Allah U telah memilih (memuliakan) para sahabatku atas semua jin dan manusia, kecuali para nabi dan para rasul”.[4]

اَكْرمُوْا اَصْحَابِيْ ، فَاِنَّهُمْ خِيَارُكُمْ
Muliakanlah para sahabatku kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang (yang menjadi contoh) terbaik bagi kamu”. [5]
Selain dijelaskan oleh Allah U sebagai orang-orang mulia yang benar dan sebaik-baik ummah maka mereka juga dianggap oleh Allah U sebagai umat yang paling adil dan umat pilihan Allah U sebagaimana firmanNya:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ اَمَّةً وَسَطًا
Dan demikianlah Kami menjadikan kamu (umat Islam terutamanya para sahabat) umat yang adil dan pilihan”.[6]
يَا اَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ
Wahai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu!”.[7]
Kata-kata sahabat Nabi Muhammad r adalah hujjah yang wajib diamalkan (diterima pakai). Begitulah menurut qaul Imam Malik ?, Syafie ?, Ahmad ?, kebanyakan ulama usul, ulama fikah Hanafiyah ?, Ibnu Uqail ?, Al-Bagdadi ?, Ibnu Qaiyim ? juga memilihnya sebagai hujjah sebagaimana terdapat dalam I’lamul Muwaqqi’in, dituruti oleh Syatibi ? dalam Al-Muwafaqat serta IbnuTaimiyah ?.[8]
Ingatlah, bahawa para sahabat adalah pembela Rasulullah r dengan jiwa dan raga mereka, memelihara sunnah baginda r, menolong menyebar agama dan mengangkat martabatnya, mengambil contoh agama dari baginda r, mengikut (ittiba’) pada semua yang didatangkan kepada mereka, menyampaikan dan menyalin antara satu dengan yang lain, tiada yang mereka ketahui melainkan disampaikan kepada yang lain!. Rasulullah r mengakui tentang kenyataan ini dengan bersabda:

مَامِنْ نَبِيٍّ بَعَثَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ اِلاَّ كَانَ لَهُ فِى اُمَّتِهِ حَوَّارِيُّوْنَ وَاَصْحَابُهُ يَاْخُذُوْنَ بِسُنَّتِهِ وَيَقْتَدُوْنَ بِاَمْرِهِ.
Tiada seorang nabipun kecuali dibangkitkan oleh Allah U ada bersamanya umat yang menjadi penolongnya, para sahabatnya yang mengambil agama melalui sunnahnya dan mencontohinya dalam melaksanakan semua perintahnya”.[9]
Antara dalil-dalil bahawa kata-kata sahabat itu adalah hujjah ialah firman Allah U di dalam al-Quran, sunnah dan atsar:

وَالسَّابِقُوْنَ اْلاَوَّلُوْنَ مِنَ الْمُهَاجِرِيْنَ وَاْلاَنْصَارِ وَالَّذِيْنَ اتَّبَعُوْهُمْ بَاِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ
Orang-orang yang mula-mula lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari kalangan muhajirin dan ansar dan mereka yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan merekapun reda kepada Allah”.[10]
Imam Malik ? berhujjah dengan ayat ini dan menerangkan:
Sesungguhnya ayat ini mengandungi pujian terhadap para sahabat dan sanjungan ke atas mereka. Mereka berhak menjadi a’immah, apa yang ada pada mereka menjadi contoh ikutan, diambil kata-katanya dan layak menerima sanjungan (dan pujian) bagi sesiapa yang mengikuti keseluruhan mereka atau mengikuti setiap perbuatan mereka selagi mereka tidak menyalahi nas”.[11]

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ للنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بَالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah”.[12]
Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dari Dhahak berkata: Mereka itu adalah para sahabat Rasulullah r secara khusus. (Beliau menambah): Yang mana mereka (para sahabat) kalangan perawi-perawi yang diseru agar kaum muslimin mentaati mereka”. Berkata Ibnu Qaiyim ?: Berdasarkan ayat ini, jelaslah tentang wajibnya mengikut para sahabat .[13] Berkata as-Syatibi ?: Apabila dibacakan ayat tersebut, ia menunjukkan sunnah para sahabat Ù. Segala sunnah yang telah mereka amalkan hanya dirujukkan kepada mereka[14] oleh sekalian ummat sesudah mereka, karena mereka adalah para salaf yang terbilang.
Diriwayatkan oleh al-Khatib dengan sanad dari ‘Umir as-Sya’bi, beliau berkata:
مَاحَدثُوْكَ عَنْ اَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْهُ
Tentang apa saja (berkaitan agama) yang diucapkan oleh para sahabat Muhammad r,maka ambillah dia”.[15]
Adapun dalil dari hadis Rasulullah r:
خَيْرُ النَّاسِ الَّذِيْ اَنَا فِيْهِ ، ثَمَّ الثَّانِيْ ثُمَّ الثَّالِثِ
Sebaik-baik kurun adala kurun yang aku berada di dalamnya, kemudian kurun yang kedua (kurun tabi’in) dan kemudian kurun ketiga (kurun tabi’ut at-tabi’in).[16]

Berkata Ibnu Taimiyah ?:
Pasti akan menjadi kenyataan bagi sesiapa yang menumpukan perhatiannya kepada al-Kitab dan as-Sunnah, malah telah disepakati oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah dari semua golongan, bahawa sebaik-baik kurun bagi ummah ini dari segi amal, perkataan, iktiqad dan merangkumi juga perkara-perkara selainnya maka yang terbaik ialah dikurun pertama (kurun sahabat), kemudian kedua (kurun tabi’in) dan seterusnya ketiga (dikurun tabi’ut at-tabi’in) sebagaimana yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang berbagai jalurnya. Mereka lebih baik dari orang-orang yang sesudah mereka (zaman khalaf) dalam semua kebaikan. Sama ada ilmu, iman, akal, agama, bayan dan ibadah. Mereka lebih utama dalam menjelaskan agama dalam semua persoalan. Semuanya ini tidak dapat ditolak kecuali oleh orang yang memandai dalam agama iaitu agama Islam dan ia telah disesatkan oleh Allah U atas (nama) ilmu”.[17]
Hadis ini menunjukkan bahawa selepas apa yang dari Rasulullah r ialah atsar dari para sahabat. Sufyan ath-Tsauri ? berkata:
اِنَّمَاالدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بِالرَّاْيِ اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِلَيْسَ بَالرَّاْيِ
Sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) atsar bukan dengan pandangan, sesungguhnya agama itu dengan (mengikut) atsar bukan dengan pandangan (pendapat)”.[18]
Berkata al-Auzaii ?:
عَلَيْكَ بِآثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ النَّاس ، وَاِيَّاكَ وَرَاْيُ الرِّجَال ، وَاِنْ زُخْرُفُوْهُ لَكَ بِالْقَوْلِ
Hendaklah engkau kembali (berpegang) kepada atsar para salaf walaupun engkau disingkir oleh manusia. Berjaga-jagalah engkau dari pendapat (buah fikiran) seseorang, sekalipun ia merupakan kata-kata yang indah (yang mempersonakan)”.[19]
Berkata Abdullah bin Daud ?:
لَيْسَ الدِّيْنَ بِالْكَلاَمِ ، اِنَّمَا الدِّيْنُ بِاْلآثَارِ
Bukanlah agama itu yang mengikut perkataan seseorang tetapi agama itu ialah dengan berpegang (mengikut) kepada atsar”. [20]
Terlalu banyak hadis dan atsar yang sahih memerintahkan agar kita sentiasa berpegang atau kembali dengan atsar-atsar para sahabat yang sahih kerana mereka adalah para Salaf kita dan mereka telah dimuliakan Allah U.
————————————————————————————–
[1] . Lihat: Lamahat Fi Usul al-Hadis. Hlm. 24. Dr. Muhammad Adib
Soleh.
[2] . Al-Hasyr, 59:8.
[3] . Ali Imran, 3:110.
[4]. H/R Bazzar dalam Musnadnya. Disebut oleh Ibn Hajar dalam Al-Isabah. 1/21-22. Beliau berkata para perawinya dipercayai. Disebut oleh Al-Haitami dalam Majma’ al-Zawaid 10/16.
[5]. Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam Al-I’tiqad. 320. Al-Khatib dalam Tarikh Bagdad. 6/57. Dikeluarkan oleh Ibnu Manduh dalam Kitab al-Iman. 1/961-962. Disebut oleh Al-Albani dalam Silsilah as-Sahihah. 3/109-110 dan dalam Sahih al-Jami’ 2/345.
[6] . Al-Baqarah. 2:143.
[7] . Al-Anfal. 8:64.
[8] . Lihat: اعلام الموقعين Ibnul Qaiyim. 3/120. Lihat: الموافقات 4/74.
Syatibi. Lihat:
مجموع فتاوى 5/413. Lihat: اقتضاء الصراط المستقيم 2/687.
[9] . H/R Muslim. Dalam Kitab al-Iman. 1/69. Ahmad dalam
Musnadnya. 1/458.
[10] . At-Taubah. 9:100.
[11] . Lihat: اعلام الموقعين 4/129.
[12] . Ali Imran. 3:110.
[13] . Lihat: اعلام الموقعين 4/131.
[14] . Lihat: الموافقات 4/74. As-Syatibi.
[15] . Lihat: شرف اصحاب الحديث 74. Al-Khatib
[16] . H/R Muslim. Pada kita Fadhail Sahabat. 2/1960. Abu Daud dalam
kitab As-Sunnah 5/44.
[17] . Lihat: مجموع الفتاوى 4/185. Ibnu Taimiyah.
[18] . Lihat: شرف اصحاب الحديث hlm. 6.
[19] . Ibid.
[20] . Ibid.


0 komentar:

Posting Komentar